BOS DAH BALIK!!!!!
Okeh….ari nih bos aku dah balik dari cuti kawin selama 2 minggu. ALAMAKKKK…..pasni sure sumeorang dia panggil sesekor kena masuk ngadap dia. Lemah kepala lutut gueee….dah ler sepanjang dia cuti, well aku tak tau haram-jadah-hapa-kebenda keja yang aku buat selain main internet. Huhuhuuu…..oh ya, satu lagi aktiviti aku time dia takde is….PONTENG!! Hahaha…kunun bgtau kliq kata aku MC, ceh jejak kaki kat klinik pon idak. Yang pasti aku dok melingkar lam selimut. Takpe, alasan morning sickness aku cukup kukuh rasanya.
Okeh2…aku dah ketar lutut gak nih. Nak tunggu ketibaan bos aku. Baik aku siapkan pape yang patut untuk cover ‘kerja’ aku selama 2 minggu dia takde!