Archive for October, 2005

Aku Tensen! Aku Tensen!

Wednesday, October 26th, 2005

Sham called me yesterday. Boss dia just bagi dia balik lepas tengahari Ahad. WTF!!!! weiiiii, orang nak balik raya lerrrr! paham tak! dah membazir lak cuti aku selama dua hari. Kalau tak, dah lama aku boleh melepek kat kampung. Sahur & bukak posa ramai2 ngan famili. Takdelah aku dok makan sorang, tengok tv sorang, tido sorang. TENSEN! TENSEN! TENSEN!

Home Alone

Tuesday, October 25th, 2005

Sham left to Alor Setar early Tuesday morning. Pukul 2.00 pagi aku bangun siapkan sahur, kemas2kan barang dia, kejut dia untuk sahur, makan sahur, dia naik mandi and terus bertolak ke sana. Bila dia balik?? Ntah aku pon tak tau. Dia pon tak tau! By hook or by crook, sabtu tu mesti on the road to kampung halaman!

Innalillahhh….

Wednesday, October 19th, 2005

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia di kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya jam 7.55 pagi ini setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser payu dara.

Allahyarham Endon, 64, menghembus nafas terakhir kira-kira 18 hari selepas kembali daripada menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan orang ramai boleh menziarahi jenazah Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir di Seri Perdana mulai jam 11 pagi melalui pintu utama kediaman rasmi itu.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Putrajaya untuk disembahyangkan pada waktu Asar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 20, Putrajaya.

Abdullah bersama-sama dua anaknya, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu, anak kepada Kamaluddin berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembus nafas terakhirnya.

Ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah juga berada di sisinya.

Berita kematian Endon, ketika orang ramai hendak memulakan urusan harian, mengejutkan negara yang kemudiannya diselubungi dengan suasana duka cita.

Cuaca di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya mendung seolah-olah turut merasai pemergian beliau ke rahmatullah.

Dari DIA kita datang, dari DIA juga kita kembali. Amin!

Kuih Cara Berlauk & Roy Come To Our Life

Sunday, October 9th, 2005

Okeh, pada Sabtu lepas yang mulia (8/10/2005) dengan semangat berkobar-kobar aku buat Nasi Ayam + Kuih Cara Berlauk untuk buka puasa. Mula2nya nak buat Soto Ayam, camne ntah terkeluar cite pasal Nasi Ayam…terus Sham teringin nak makan. Yang bab kuih cara tu plak, memang feveret kitaorg pun. And masa outstation to Aloq Setaq, dia belikan aku acuan kuih cara! Yihaaa….so, I got the chance to utilise the acuan last Saturday! First trial, OUT!!! Out mistake sebab guna suhu yang tidak sesuai. So, the kuih cara tu dah hangit before bahagian tengah dia masak! Aku lak dah agak down time tuh, so beralih wat Nasi Ayam dulu. Bila emosi dah stabil, baru sambung balik untuk second trial. Alhamdulillah BERJAYA! Masa tu memang kelam kabut, Roy & Bird dah arrived utk bukak puasa. Sib baik everything selesai gak by the azan berkumandang. Cuma sedeh sebab nasi lembik. Terlebih air kut.

Th_dscn09411

Ini ler hasil yang dapat pas berhempas pulas aku try control temperature acuan tuh!

Roy (read: my coursemate) dapat keje kat Kepong! Aku & Sham offered her to stay with us. Sian lak dia nak hegeh2 cari rumah sewa. Lagipun bulan 12 dia dah nak kawin. Mana nak dapat sewa bilik untuk 2 bulan jer.

He’s Back & We Got Cat Fight & Mouse Fight!!!

Thursday, October 6th, 2005

Sham balik on the dot orang azan bukak pose! Ngan senyum lebar aku jemput dia depan pintu. Hhahahha…..(read: isteri mithali, ok!) We had a good break fast, okkkk….from my point of view lar! as for our 1st day, aku beli (ceh, ditekan disini BELI) ikan patin masak tempoyak, rendang daging & air tebu (which requested earlier by Sham via phone). And of course….cara berlauk! Our faveret kuih! Oh lupa cite, time aku jalan sorang2 kat Pasar Ramadhan Country Homes tu, ceh ntah hapa nasib malang…..tersepak ler plak sebatang besi kat depan gerai berger! Darah membuak2 jangan cakap aahhh! Ikut hati aku nak jer balik, tapi tak jumpa gak solok lada yang Sham nak, terpaksa aku tahan sakit & terus redah orang ramai! Malam tu kaki dah start bengkak sikit2 and sakit denyut2 gak! Esok kena pegi klinik nih, mampus lak kalau ada infection. Sebab aku tak tau either besi tu karat ker tak. Bahaya ooooo…kang ilang sebelah kaki aku!

Esoknya, pagi2 buta lagi (read: pukul 8) aku dah menebeng kat Klinik Medik tuh! Jumpa Dr, dia belek2 kaki ku yang comel nih, pastu kena laaa inject sedas, dan beberapa jenis ubat ntah. Malas ler nk makan ubat nih. Dapat MC sehari, ikutkan hati nak jer pujuk Dr tu…bagi ler 2 hari! Hahahhaa….poyo tul! Dah ler kaki sakit, jalan hencut2, lepas inject tu….bahu aku lak kebas. Hampes, tambah sakit rupanya pas gi jumpa Dr.

Oh lupa cite, Sham took his Emergency Leave. Not because aku sakit, tapi nak pi jenguk his cousin yang accident motor kat Klang. Since aku pon MC, ikut sama laaaa…

Masa beli lauk pauk utk berbuka, me & Sham get fight against cara berlauk. Hahahah, lawak gile kan??? Dia punya marah, sampai cakap tanak berbuka with me on that day. Ceh, aku kununnya keras hati laaa nih, amik lauk2 yang dah beli….masuk lam umah! Dia lak berdesup jer ngan keta ntah pegi mana! Masuk umah, airmata dah leleh ni…..sedeh wooo tak bukak posa ngan hubby! Aku punya laaa htr sms suwuh dia balik umah. Tapi baru teringat, bateri hp dia kong! Lam kul 6.45mtu dia balik sengih2. Rupa2nya dia pi Pasar Tani, beli ayam & sayur2. Saja nak buat aku panik. Hampeh tahap dugong laaa dia nih!!!

Haaa…nih ada cite yang buat aku stress! Aku punya laaaa bangun kul 4.30 pagi nak sedia sahur. Sekali tengok2 lauk sahur aku bawah tudung saji dah kena tibai ngan Cik Ti. Ishhh…bila masa umah aku ada Cik Ti nih? Tensen ooooo!!!!! Dah ler lauk Sham lak tu yang dia tibai, sib baik Sham ok jer, dia suwuh aku masak tumis telur kegemaran dia as ganti. Aku memang bengang giler ngan Cik Ti nih!!! Spoil mood aku nk sahur pagi tadek. Takpe takpe….weekend ni aku wat OPS BANTERAS CIK TI!!!!

SELAMAT BERPUASA!!!

Wednesday, October 5th, 2005

Ok Ok Ok…I know, it’s already been quite a while me not putting anything in here. Don’t know why. Nak kata kerja melambak…..well, takde pung! Just there was a few perkara berbangkit since beberapa hari lepas!

Malas nak bebel panjang2, just wanna wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN!!!!

My first day of Ramadhan is going smoothly without my loving darling. Sham is out of town rite now!! Waawaaa, sedeh pon…this should be our first sahur bersama2! Please Yang, come back laaaa!